BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 1, 2009

Tokoh Penulis Yang Hebat

ADNAN OKTAR / HARUN YAHYA

Adnan Oktar dilahirkan pada tahun 1956, merupakan seorang ilmuwan dan intelektual terkemuka berbangsa Turki. menyanjung tinggi nilai-nilai akhlak dan mengabdikan hidupnya dengan berdakwah kepada golongan masyarakat. Memulakan jihad intelektualnya pada tahun 1979 ketika menuntut di Universiti Mimar Sinan dalam bidang kesenian. sewaktu dalam pengajiannya, beliau banyak melakukan kajian-kajian terhadap ideologi dan falsafah materialistik yang memberi kesan terhadap masyarakat sekelilingnya, hal ini menjadikan beliau dapat menguasai ilmu-ilmu itu lebih mendalam berbanding penganut dan perintis ideologi dan falsafah tersebut

Dengan pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam kajiannya, dia telah menulis banyak buku mengenai falasi dan pemalsuan dalam teori evolusi. jihad intelektual yang dilakukannya untuk memerangi fahaman Darwinisme dan Materialisme ini telah tersebar ke seluruh dunia. Sebuah majalah ilmiah, New scientist pada 22 April 2000, telah mengiktiraf Adnan Oktar sebagai "pejuang antarabangsa" dalam usaha memaklumkan dunia mengenai falasi teori Evolusi dan fakta kebenaran mengenai konsep Penciptaan.

Selain ini, beliau juga menulis beratus-ratus buku mengenai nilai-nilai Quranik dan isu-isu yang berkait dengan nilai kepercayaan

Nama penanya, Harun Yahya berasal dari nama dua Nabi "Harun" dan "Yahya" a.s yang masyhur dalam usaha memerangi kekufuran

Antara hasil Karya beliau :Gerakan Neo-Mason,'Tangan Rahsia' di Bosnia, Di Sebalik Drama Terorisme, Kad-Kurdis Israel, Strategi Nasional Bagi Negara Turki, Moral Quranik: satu Solusi, Rimbunan Dan Naungan Islam, Komunisme: diserang hendap, Ideologi Berdarah Darwinisme: Fasisme, Kebencian Darwin Terhadap Bangsa Turki, Kehancuran dibawa Oleh Darwinisme kepada manusia, Penipuan Evolusi, Artikel 1-2-3, Senjata Syaitan: Romantisme, Blok-Blok Barat Mengakui Ketuhanan, Bangsa Yang Dihancurkan, Kisah Nabi Musa, Kisah Nabi Yusuf, Zaman Keemasan, Sentuhan Seni Warna Tuhan, KebesaranNya di Setiap Ruang Semesta, Hakikat Kehidupan Dalam Dunia, Pengakuan Golongan Evolusionis, Jawapan Untuk Golongan Evolusionis, Pembohongan Proses Evolusi, Sihir Darwinisme, Agama Darwinisme, Kehancuran Teori Evolusi Dalam 20 Soalan, Al-Qur'an Panduan Kepada Bidang Sains, Hakikat Asal Usul Kehidupan , Hakikat Penciptaan Alam Semesta, Keajaiban Al-Quran, Jiwa Yang Sedar DiDalam Sel, Satu Petikan Irama Keajaiban, Rekacipta Di Dalam Alam, Tabiat Pengorbanan Diri dan Kepintaran Dalam Dunia Haiwan, Satu Keabadian Telah Bermula, Anak-Anak Darwin Telah Berbohong!, Saat Berakhirnya Darwinisme, Memikir Sedalam-dalamnya, Keabadian dan Hakikat Takdir, Menyelami Hakikat Kebenaran, Kejahilan Bukan Alasan, Rahsia tentang DNA, Keajaiban Atom, Keajaiban Sel, Keajaiban Sistem Keimunan, Keajaiban Mata, Keajaiban Penciptaan Tumbuhan, Keajaiban Labah-Labah, Keajaiban Semut, Keajaiban Nyamuk, Keajaiban Lebah, Keajaiban Biji Benih, Keajaiban Anai-Anai, Keajaiban Hijau: Fotosintesis, Keajaiban Hormon, Keajaiban Manusia, Keajaiban Penciptaan Manusia, Keajaiban Protein.

Di antara buku-kecil yang dihasilkan: Misteri Mengenai Atom, Kehancuran Teori Evolusi; Fakta Mengenai Hakikat Penciptaan, Kehancuran Materialisme, Saat Berakhirnya Materialisme, Kesilapan Besar Golongan Evolusionis 1, Kesilapan Besar Golongan Evolusionis 2, Kehancuran Konsep Mikrobiologi Teori Evolusi, Fakta Mengenai Hakikat Penciptaan, Kehancuran Teori Evolusi dalam 20 Soalan, Penipuan Paling Besar dalam Sejarah Bidang Biologi: DarwinismeDi antara buku-kecil yang dihasilkan: Misteri Mengenai Atom, Kehancuran Teori Evolusi; Fakta Mengenai Hakikat Penciptaan, Kehancuran Materialisme, Saat Berakhirnya Materialisme, Kesilapan Besar Golongan Evolusionis 1, Kesilapan Besar Golongan Evolusionis 2, Kehancuran Konsep Mikrobiologi Teori Evolusi, Fakta Mengenai Hakikat Penciptaan, Kehancuran Teori Evolusi dalam 20 Soalan, Penipuan Paling Besar dalam Sejarah Bidang Biologi: Darwinisme.

Hasil Karya beliau berkaitan dengan subjek Quranik termasuk: Konsep Asas Dalam Al-Quran, NIlai-Nilai Etika dalam Al-Quran, Menggarap Iman dengan Cepat 1-2-3, Pernah Memikir Mengenai Kebenaran?, Pemahaman Kasar Orang yang Tidak beriman, Taat Kepada Allah, Meninggalkan MAsyarakat Jahiliyyah, Destinasi Sebenar Mukmin: Syurga, Ilmu pengetahuan AL-Quran, Senarai AL-Quran, Hijrah Kerana Allah, Sifat Orang Munafik Menurut Quran, Rahsia Orang Munafik, Nama-Nama Allah, Komunikasi untuk Dakwah dan Golongan Menolak AL-Quran, Jawapan-Jawapan Dari Al-Quran, Kebangkitan dan Neraka, Jihad para Nabi, Musuh No;1 Manusia: Syaitan, Doa-Doa di Dalam AL-Quran, Kepentingan Celik Al-Quran, HAri Kebangkitan, Jangan Sekali Terlupa, Hukum Al-Quran Yang dilupakan, Kemanusiaan Dalam Masyarkat Jahiliyyah, Kepentingan Sabar dalam Quran, Maklumat Umum Dalam AL-QUran, Keimanan yang Matang, Sebelum Diulit Penyesalan, NAbi kita Bersabda, Kasih Sayang Orang Mukmin, Takut Kepada Allah, Igauan Buruk Orang kafir, Kembalinya Nabi Isa a.s, Keindahan Kehidupan Berteraskan Al-Quran, Sejambak Keindahan Ciptaan Allah S.W.T 1-2-3-4, Kezaliman Orang yang Mencemuh, Misteri Penurunan Ujian, Kebijaksanaan Menurut Al-Quran, Perjuangan Melawan Agama:Ateis, Metode Pendidikan Nabi Yusuf, Ikatan-Ikatan Kebaikan, Fitnah Yang Ditaburkan Ke atas Muslimin sepanjang Sejarah, Peri-Penting Mematuhi Kata-Kata yang Baik, Kenapa Menipu Diri Sendiri?, Islam: Agama Yang Mudah, Semangat dan Tarikan Di Dalam Al-Quran, Melihat Secara Positif, Bentuk Penafsiran ALquran Oleh Golongan Cetek Akal?, Beberapa Rahsia Besar AL-Quran, Galakan Untuk Muslimin, Meninggikan Harapan Di Dalam AL-Quran, Keadilan dan Toleransi di Dalam AL-Quran, Rukun Asas Islam, Orang Yang degil Terhadap Al-Quran, Galakan Bagi Orang Beriman.

Hasil Karyanya Penipuan Evolusi, Bangsa-Bangsa Yang Dimusnahkan, Bagi Kaum Yang Berakal, Hakikat Kehidupan Di Dalam Dunia, Memikir sedalam-dalamnya, Kejahilan Bukan Alasan, Keajaiban Dalam Semut, Sentuhan Seni Warna Allah, Penciptaan Alam Semesta, Allah Dapat Diketahui Melalui Akal, Nilai Etika dalam Al-Qur'an, Konsep Asas Dalam Al-Quran, Pernahkah Memikirkan Kebenaran?, Pemikiran Dangkal Kekufuran, Kepentingan Fitrah Dalam Al-Qur'an, Keajaiban Dalam DNA telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris, Keajaiban Pada Semut dan Allah Dapat Diketahui Melalui Akal telah diterjemahkan ke bahasa Urdu, Kebangkitan dan Neraka telah diterjemahkan ke bahasa Poland, Bangsa-Bangsa Yang Dimusnahkan telah diterjemahkan ke bahasa Portugis, dan diterbitkan oleh berbagai syarikat penerbit di luar negeri.

Banyak hasil karya Harun Yahya yang kini sedang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Italia, Rusia, Spanyol, Arab, Portugis, Albania, Serbo-Kroasia (Bosnia), Polandia, Urdu, Indonesia, Melayu dan Malayalam. Sasaran yang hendak dicapai adalah penterjemahan semua buku ke bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain dalam tahun 2001, dan menyebarkannya ke seluruh dunia agar bermanfaat bagi masyarakat sejagat.

Ciri-ciri umum dalam semua hasil karya Penulis adalah tajuk dan isu-isu yang selaras dengan Al-Quran, dan dikuatkan dengan nilai-nilai kesedaran Quranik. Perbahasan-perbahasan dalam bidang sains yang dianggap rumit dan mengelirukan juga dibahaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas terang dalam buku-buku Harun Yahya. Dengan sebab ini, semua buku-buku ini sesuai untuk pembacaan semua lapisan umur dan masyarakat.

Hasil karya beliau yang berkaitan dengan kepercayaan mengesahkan kewujudan Maha Suci Tuhan yang Esa dan Tunggal ditulis dengan tujuan mendekatkan islam kepada golongan awam, dan mendamaikan hati-hati mereka kepada hakikat kebenaran. Bagi orang islam, ianya adalah sebagai nasihat dan peringatan. Penulis menyiarkan hasil tulisan yang berteraskan asas-asas Al-Quran yang ditujukan khusus sebagai renungan dan pemacu ketakwaan bagi kaum muslimin

Setiap buku karangan beliau yang berkaitan dengan perbahasan sains sering menekankan kebesaran, ketinggian dan keagungan Allah s.w.t dalam setiap huraian kajian dan bukti-bukti saintifik, melalui ta'amul dan penghayatan yang dalam. Semua karangan beliau menunjukkan kepada golongan non-muslim, tanda-tanda kewujudan dan kebesaran Tuhan, dan kecanggihan ciptaanNya dengan cara yang paling jelas dan tepat. Di satu sudut, semua ini akan menguatkan keimanan dan ketaatan bagi orang yang beriman, dan juga bermanfaat sebagai material untuk berdakwah kepada golongan masyarakat (di mana agama tidak dipraktikkan dengan cara yang sempurna). Satu tajuk yang sering dibahaskan dalam kebanyakan siri karangan beliau ialah "menghancurkan pembohongan teori evolusi".

Matlamat utama tajuk ini ialah untuk menghancur-leburkan falsafah dan kepercayaan-kepercayaan materialis dan ateis yang dikemukakan kepada dunia sejagat sebagai alternatif dan saingan kepada agama sejak abad ke 19. Impak besar tajuk ini membuatkan para pembaca menyedari bahawa matlamat ini diusahakan sehingga sampai ke satu tahap yang tinggi. Tajuk ini, seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran dalam ayat "Kami melontarkan kebenaran kepada yang batil, dan kebenaran itu menghancurkan akalnya" (surat Al-Anbiya, 18), menghancurkan akal i.e..., sistem fahaman dan ideologi yang berlandaskan kekufuran; dan berjihad menyempurnakan cahaya (wahyu ) Allah s.w.t (Surah As-Saff, 8). Atas sebab ini buku-buku ini memainkan peranan penting untuk membanteras fahaman-fahaman yang menyeleweng.)

Makna simbolik cop nama Nabi Muhammad di setiap muka depan buku-buku karangan beliau sebenarnya dikaitkan dengan kandungan isi buku. Cop ini menunjukkan bahawa al-Quran adalah kitab dan wahyu tuhan yang terakhir, dan Nabi Muhammad adalah utusanNya yang terakhir. Dengan mengambil ciri-ciri Al-Quran dan Nabi Muhammad, penulis berusaha dalam semua hasil karyanya, untuk menolak semua dakwaan-dakwaan mengenai sistem-sistem yang kufur dengan mengutarakan "kalimat terakhir' ini yang akan melenyapkan semua dakwaan kekufuran. Cop nama Nabi Muhammad yang mempunyai kemuliaan dan hikmah yang besar, digunakan sebagai satu doa dengan niat menyebut 'kalimah akhir' ini.

Kisah sang pemimpin yang dikagumi

Dr Mahmoud Ahmadinejad. Walaupun beliau bermahzab syiah, namun keperibadiannya mengangkat imej kepimpinan Islam sebenar. Apa yang dilakukannya, jauh berbeza dengan apa yang pemimpin UMNO@Islam Hadhari kat Malaysia lakukan. Semoga pemimpin sebegini akan hadir memimpin negara ini..

Oleh : Abu Mardhiah, Subang

Fox News TV (Amerika Syarikat) di dalam temuramahnya bertanya kepada Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad “Apabila anda melihat ke cermin setiap pagi, apa yang anda perkatakan kepada diri sendiri ?” Beliau menjawab : Saya melihat kepada insan yang berada dalam cermin tersebut dan berkata kepadanya, “Ingatlah, anda adalah tidak lebih daripada seorang hamba yang lemah, menanti di hadapan anda hari ini adalah sebuah tanggungjawab yang amat berat dan ianya adalah berkhidmat kepada negara dan rakyat Iran.

Ahmadinejad, Presiden Iran yang mengejutkan ramai sewaktu mula-mula tiba di pejabat Presiden apabila beliau mendermakan segala permaidani Iran yang berharga kepada sebuah masjid di Tehran dan menggantikannya dengan permaidani murah yang biasa.

Beliau mendapati bahawa terdapat sebuah bilik istirahat yang besar lagi mewah yang berfungsi untuk menerima dan menyambut kehadiran tetamu VIP, lalu beliau telah mengarahkan agar bilik itu ditutup dan meminta pejabat protokol untuk menyediakan sebuah bilik lain yang sederhana serta hanya dilengkapi dengan kerusi-kerusi kayu.

Beliau juga telah banyak kali turut bersama-sama dengan pekerja-pekerja majlis perbandaran untuk membersihkan jalan-jalan yang berada di sekitar kawasan rumah serta pejabatnya.

Di bawah pentadbirannya, setiap kali beliau melantik mana-mana individu untuk memegang jawatan menteri, beliau akan mengarahkan individu tersebut untuk menandatangani sebuah dokumen yang menggariskan pelbagai syarat-syarat yang perlu dipatuhi, terutamanya yang menekankan bahawa individu tersebut harus sentiasa kekal dalam kesederhanaan dan akaun-akaun persendirian serta milik ahli keluarganya akan sentiasa diperhatikan dan perlu meninggalkan pejabatnya kelak dalam keadaan yang bermaruah. Oleh itu, adalah satu kesalahan yang besar untuk individu tersebut dan ahli keluarganya mengambil kesempatan ke atas jawatan yang dipegangnya itu.

Perkara pertama yang beliau isytiharkan selepas memegang jawatan Presiden adalah pemilikan hartanya yang ‘Besar’ iaitu sebuah kereta Peugeot 504 model tahun 1977, sebuah rumah lama yang kecil yang diwarisi daripada bapanya 40 tahun yang lalu di salah sebuah kawasan yang termiskin di Tehran, akaun simpanannya yang tidak berbaki dan sumber kewangan yang masuk ke dalam akaunnya hanyalah daripada gaji yang diterimanya sebagai seorang pensyarah di Universiti yang berjumlah hanya 250 Dolar Amerika sebulan.

Beliau masih lagi tinggal di rumahnya yang lama itu. Itulah sahaja harta yang dimilikinya. Beginilah kehidupan seorang Presiden kepada salah sebuah negara yang terpenting di dunia ini, dari sudut lokasinya yang strategik, ekonomi, politik serta pemilikan sumber minyak dan sistem pertahanannya.

Beliau malah langsung tidak mengusik gaji Presidennya dengan sebuah hujjah bahawa segala kekayaan adalah menjadi hak milik negaranya dan beliau mempunyai amanah untuk memeliharanya.

Salah satu perkara yang amat menakjubkan buat kakitangan-kakitangan di pejabatnya adalah sebuah beg yang sentiasa dibawa setiap hari. Di dalamnya mengandungi makanan sarapan paginya, sedikit roti sandwic atau roti biasa dengan minyak zaitun dan keju yang disediakan oleh isterinya. Beliau menikmati makanan-makanan tersebut dengan begitu ceria sekali.

Perubahan lain yang dilakukannya adalah menukar jet peribadinya sebagai seorang Presiden menjadi kapal terbang kargo untuk menjimatkan perbelanjaan daripada hasil wang rakyat dan beliau menegaskan bahawa beliau akan terbang menggunakan pesawat awam biasa pada kelas ekonomi.

Beliau kerap mengadakan mesyuarat dengan semua para menteri untuk mengetahui segala aktiviti mereka dan keberkesanan pelaksanaannya.

Di samping itu, beliau juga telah menutup pejabat pengurus Presiden demi untuk memudahkan para menteri untuk berjumpa dengannya tanpa perlu meminta keizinan terlebih dahulu.

Beliau telah membubarkan beberapa acara seperti majlis karpet merah untuk menyambut tetamu, sesi fotografi serta segala bentuk pengiklanan atau promosi peribadi sewaktu mengadakan lawatan ke pelbagai tempat di dalam negaranya.

Setiap kali beliau perlu untuk menginap di hotel, beliau akan memastikan bahawa beliau hanya akan diberikan bilik tanpa katil yang besar kerana tidak gemar untuk tidur di atas katil sebaliknya lebih suka untuk tidur di atas lantai dengan sebuah tilam sederhana dan sehelai kain selimut.

Dalam salah sebuah gambar berikut menunjukkan beliau sedang tidur di dalam bilik tetamu di rumahnya tanpa ditemani oleh para pengawal peribadinya yang sentiasa bersama dengannya ke mana sahaja beliau pergi. Gambar tersebut telah diambil oleh adiknya, menurut laporan akhbar Wifaq yang kemudian menyiarkannya di dalam ruangan akhbar mereka. Pada keesokan harinya, gambar tersebut telah disiarkan di dalam kebanyakan akhbar-akhbar di seluruh dunia termasuklah di Amerika Syarikat.

Sewaktu ingin menunaikan solat, anda boleh lihat yang beliau tidak duduk di barisan pertama. Gambar yang lain pula menunjukkan beliau sedang menikmati hidangan makanannya yang amat sederhana.

kata - kata hikmah

Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, seseorang tidak beriman hingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.

Nabi Muhammad SAW

Jauhilah dengki, karena dengki memakan amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.

Nabi Muhammad SAW

Yang terbaik di antara kalian adalah mereka yang berakhlak paling mulia.

Nabi Muhammad SAW

Allah tidak melihat bentuk rupa dan harta benda kalian, tapi Dia melihat hati dan amal kalian.

Nabi Muhammad SAW

Kecintaan kepada Allah melingkupi hati, kecintaan ini membimbing hati dan bahkan merambah ke segala hal.

Imam Al Ghazali

Raihlah ilmu, dan untuk meraih ilmu belajarlah untuk tenang dan sabar.

Khalifah ‘Umar

Setiap orang di dunia ini adalah seorang tamu, dan uangnya adalah pinjaman. Tamu itu pastilah akan pergi, cepat atau lambat, dan pinjaman itu haruslah dikembalikan.

Ibnu Mas’ud

Ketahuilah bahwa sabar, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah ibarat kepala dari suatu tubuh. Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk. Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka seluruh permasalahan akan rusak.

Khalifah ‘Ali

Sabar memiliki dua sisi, sisi yang satu adalah sabar, sisi yang lain adalah bersyukur kepada Allah.

Ibnu Mas’ud

Takutlah kamu akan perbuatan dosa di saat sendirian, di saat inilah saksimu adalah juga hakimmu.

Khalifah ‘Ali

Orang yang paling aku sukai adalah dia yang menunjukkan kesalahanku.

Khalifah ‘Umar

Niat adalah ukuran dalam menilai benarnya suatu perbuatan, oleh karenanya, ketika niatnya benar, maka perbuatan itu benar, dan jika niatnya buruk, maka perbuatan itu buruk.

Imam An Nawawi

Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Saya memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar.

Khalifah ‘Umar

Dia yang menciptakan mata nyamuk adalah Dzat yang menciptakan matahari.

Bediuzzaman Said Nursi

Penderitaan jiwa mengarahkan keburukan. Putus asa adalah sumber kesesatan; dan kegelapan hati, pangkal penderitaan jiwa.

Bediuzzaman Said Nursi

Kebersamaan dalam suatu masyarakat menghasilkan ketenangan dalam segala kegiatan masyarakat itu, sedangkan saling bermusuhan menyebabkan seluruh kegiatan itu mandeg.

Bediuzzaman Said Nursi

Menghidupkan kembali agama berarti menghidupkan suatu bangsa. Hidupnya agama berarti cahaya kehidupan.

Bediuzzaman Said Nursi

Seseorang yang melihat kebaikan dalam berbagai hal berarti memiliki pikiran yang baik. Dan seseoran yang memiliki pikiran yang baik mendapatkan kenikmatan dari hidup.

Bediuzzaman Said Nursi